PUTRAJAYA, 18 September 2019 – Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang telah ditetapkan pada Khamis, 19 September 2019 di Dataran Pahlawan Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat.
Walau bagaimanapun, acara-acara seperti Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
JABATAN PERDANA MENTERI
Leave a comment