AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Kementerian Luar Negeri pantau perkembangan di Beijing

83

20 Jun 2020 – Situasi dan perkembangan penularan terkini wabak COVID-19 yang berlaku di beberapa lokasi di Beijing sedang dipantau rasmi oleh Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Dato’ Kamarudin Jaffar di dalam siaran media yang diedarkan semalam, sepanjang tempoh itu tiada warganegara Malaysia yang telah dilaporkan dijangkiti COVID-19 di Beijing dan di China.

“Semua warganegara Malaysia di Beijing harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan, dan disarankan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke daerah-daerah yang terjejas. Warganegara Malaysia yang tinggal di Beijing atau yang sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing juga adalah dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan.

Kementerian turut menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing.” kata beliau.

Tambah Dato’ Kamarudin Jaffar, semua warganegara Malaysia di Republik Rakyat China digalakkan untuk memaklumkan kepada Kedutaan atau Konsulat-Jeneral yang berhampiran mengenai orang yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum melakukannya lagi dengan melayari pautan https://is.gd/MyCn2020.

China melaporkan kluster baharu jangkitan COVID-19 di Beijing, selepas 50 hari tiada kes di bandar itu, sebelum lebih 100 kes disahkan dikesan di Beijing setakat 16 Jun lalu pada minggu lepas. Penularan wabak tersebut dikenal pasti berlaku di pasar borong Xinfadi yang membekalkan lebih 70 peratus daging dan sayur-sayuran di bandar itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...