AMWanita @ My LNA

KPWKM ambil inisiatif tingkatkan pengupayaan golongan sasar mendepani pasca COVID-19

90

19 Jun 2020 – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif meneroka kerjasama dengan syarikat korporat yang berpotensi menjadi rakan rakan strategik dalam meningkatkan pengupayaan golongan sasar dalam mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun, bagi tujuan itu, beliau telah bertemu dengan wakil daripada 51 buah syarikat korporat dalam Majlis bersama rakan-rakan strategik KPWKM yang berlangsung semalam (Jumaat) yang antara lain bagi merintis potensi laluan kerjasama dalam pelbagai aspek seperti latihan, bimbingan pemasaran dan sebagainya.

“Alhamdulillah, maklum balas yang diterima daripada syarikat-syarikat swasta ini amat memberangsangkan yang saya yakin jika dapat dimuktamadkan mampu membantu dalam meningkatkan kualiti hidup golongan sasar di bawah KPWKM.

Kementerian sedia maklum, kepakaran syarikat swasta dan korporat dalam bidang masing-masing mampu membantu serta menyokong usaha kerajaan khususnya KPWKM di dalam membantu rakyat semasa tempoh yang agak sukar ini.” ujar Rina di dalam posting di Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam pada itu, Rina juga turut berterima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas sumbangan RM65,000 untuk Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan sumbangan tersebut adalah timbalannya YB Dato’ Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...