Home AM KEDA komited bantu tingkatkan pendapatan penduduk
AMCOVID-19niaga

KEDA komited bantu tingkatkan pendapatan penduduk

ALOR SETAR 21 Jun 2020 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan memperluaskan program keusahawanan yang telah dilaksanakan dalam usaha membantu usahawan-usahawan di kawasan luar bandar dan KEDA juga komited membantu meningkatkan pendapatan penduduk di wilayah KEDA setelah negara menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad KEDA juga memberi fokus kepada aktiviti pertanian di kawasan seluas kira-kira 979 hektar dalam usaha menjadi penyumbang kepada industri pengeluaran makanan negara disamping membantu meningkatkan pendapatan para peserta yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff singgah meninjau pusat penternakan lobster air tawar
di TSR Toh Pawang Sg Petani, melihatnya sebagai potensi besar menjana ekonomi komuniti di wilayah itu. Sumber foto : Facebook Rasmi KPLB

“Antara projek pertanian yang dilaksanakan KEDA adalah Projek Peningkatan Ekonomi Petani Kedah (PPEPK) yang melibatkan kawasan seluas 391 hektar, Projek Pemulihan dan Menaiktaraf Sawah dan Tanah Terbiar di kawasan seluas 219 hektar, Projek Penanaman Semula Kelapa Sawit seluas 269 hektar dan Projek Ladang Sejahtera Agropolitan Sik seluas 100 hektar.

Selain daripada membangunkan semula ekonomi kumpulan sasar di wilayahnya, KEDA juga turut memberi penekanan terhadap aspek pembangunan modal insan dan pengupayaan komuniti luar bandar khususnya kepada golongan belia luar bandar menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan oleh Kolej KEDA. Terdapat 8 bidang kursus yang ditawarkan di Kolej KEDA iaitu Kursus Teknologi Pembuatan Pakaian Lelaki dan Wanita, Kursus Teknologi Penyediaan Makanan, Kursus Teknologi Jurukimpal Arka, Kursus Teknologi Elektrik, Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Kursus Teknologi Juruteknik Motosikal dan Kursus Teknologi Automotif.” kata Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, Program Pembangunan Hartanah dan Prasarana KEDA pula memberi fokus kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Projek Pemajuan Kawasan (PPK), Projek Baik Pulih dan Bina Baru Rumah, Program Naiktaraf Prasarana Luar Bandar dan Program Jalan Perhubungan Desa.

Semalam Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad melakukan lawatan kerja ke KEDA bertujuan meninjau kemajuan dan menilai semula pembangunan di wilayah terbabit seiring dengan pakej prihatin rakyat yang diumumkan kerajaan untuk merangsang ekonomi rakyat. Beliau turut singgah meninjau pusat penternakan lobster air tawar di TSR Toh Pawang Sg Petani, melihatnya sebagai potensi besar menjana ekonomi komuniti di wilayah itu.

KEDA merupakan agensi Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah kementeriannya yang keempat yang dilawati Datuk Dr. Abd Latiff pasca pandemik Covid-19. Sebelum ini, beliau telah melawat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...