AMBM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Tolak DNAA kes rasuah jadi keutamaan BERSIH – Muhammad Faisal

337

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan memberikan keutamaan kepada kempen menolak amalan rasuah dengan menggesa pihak peguam negara untuk tidak lagi memberikan DNAA berkaitan kes rasuah.

Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan BERSIH pada tahun hadapan adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peruntukan sama rata Ahli Parlimen.

“Alhamdulillah baru selesai mesyuarat AJK Pemandu / SC @bersihofficial. Melihat kehadapan 2024 terdapat beberapa isu besar yang perlu diberi keutamaan.

Antaranya 1) Kempen tolak rasuah dengan penekanan tolak DNAA untuk kes rasuah, 2) isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yg perlu dilakukan dengan adil & seimbang dan 3) CDF – peruntukan pembangunan sama rata untuk setiap ahli Parlimen.” kata Pengerusi BERSIH Muhammad Faisal Aziz dalam satu hantaran ringkas di halaman X rasmi beliau.

Menerusi DNAA, orang kena tuduh (OKT) boleh dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu, bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan yang sama.

Antara kes berprofil tinggi yang terlibat adalah kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada September lepas.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...