BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

Eksplorasi Seni Pulau Pasir Usaha Melestarikan Seni, Ekosistem Marin dan Alam Sekitar

287

22 DISEMBER 2023 – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) menerusi Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bersama Persatuan Komuniti Nelayan Pengkalan Kubang Badak menganjurkan Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir pada 22 dan 23 Disember 2023 di Pulau Pasir, Langkawi, Kedah.

Program dirasmikan hari ini oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara Encik Amerrudin Ahmad di Jeti Pengkalan Kubang Badak, Langkawi, Kedah. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah, LPSVN Encik Fauzan Omar dan Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Langkawi, Encik Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar.

Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir merupakan kunjungan semula setelah lebih setahun arca-arca dasar laut diletakkan di pulau berkenaan yang dilihat menerima impak positif terhadap sektor pelancongan di Langkawi, Kedah.

Ia bermatlamat untuk memberi lebih banyak pendedahan serta mempromosikan Pulau Pasir sebagai destinasi pelancongan di Langkawi selain mewujudkan pengalaman seni kepada komuniti serta pelancong yang mengunjunginya. Malah, program tersebut turut menitikberatkan kelestarian ekosistem dan hidupan marin.

Pengisian utama program adalah ‘Seni di Jeti’, pendekatan baharu Balai Seni Negara Cawangan Langkawi dalam menyemarakkan seni dengan menjadikan setiap jeti mempunyai identiti dan keunikan hasil seni yang tersendiri. “Seni di Jeti” menampilkan karya instalasi arca abstrak yang diperbuat daripada besi oleh Faiz Yunus. Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir itu turut melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat menerusi penganjuran pertandingan memancing, persembahan kebudayaan dan pertandingan mewarna kanak-kanak bertemakan keindahan Pulau Pasir.

Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan mampu memberi pendedahan kepada peserta akan keunikan hidupan marin di sekitar Pulau Pasir dan meningkatkan daya kreativiti mereka. Selain itu, aktiviti gotong-royong melibatkan
komuniti di sekitar kawasan pulau turut diadakan bagi memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

Program itu bukan sahaja memberi fokus terhadap aktiviti seni, tetapi turut menganjurkan aktiviti yang berupaya meningkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat iaitu pertandingan memasak dan pertandingan nyanyian karaoke. Aktiviti-aktiviti itu akan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menunjukkan kemahiran serta bakat mereka.

Balai Seni Negara Cawangan Langkawi berharap agar program tersebut dapat meluaskan lagi aktiviti kesenian di Pulau Langkawi sekaligus memberi sumbangan positif kepada kelestarian alam dan ekosistem marin seterusnya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...