AMPendidikan @ My LNA

KPM, KPLB dan KPN muktamadkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah

110

19 Jun 2020 – Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah telah dimuktamadkan oleh tiga buah kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Menurut kenyataan media bersama oleh ketiga-tiga kementerian terbabit yang dikeluarkan semalam, Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah adalah sebagai rujukan bagi semua pihak berkaitan.

“Garis panduan ini disediakan dengan perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 53 Tahun 2020 pada 15 Jun 2020 telah meluluskan garis panduan ini serta bersetuju bahawa tarikh pembukaan semula prasekolah / tabika / tadika Kerajaan dan swasta adalah bermula dari 1 Julai 2020 (Rabu).” jelas Kementerian.

Garis panduan tersebut adalah terpakai untuk semua kelas prasekolah / tabika / tadika Kerajaan serta swasta dan perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM pada 4 Jun 2020.

Ia boleh dimuat turun dari pautan berikut: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...