BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Cukai LVG beri kesaksamaan persaingan bagi perusahaan tempatan

344

Secara umum, cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang dijual di Malaysia dan cukai jualan dibayar oleh pengimport, pemborong atau peruncit sebelum dijual kepada pengguna akhir di Malaysia. Namun demikian, terdapat loophole dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual.

“Di peringkat global, telah menjadi kelaziman untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai ‘De Minimis’ (minimum). Di Malaysia, nilai ‘De Minimis’ ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier. Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal (brick and mortar) di Malaysia.” kata Kementerian Kewangan (MOF) di dalam satu kenyataan semalam berhubung pelaksanaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport.

Kata MOF lagi, negara-negara jiran Malaysia telah mengambil tindakan menangani loophole tersebut dengan menguatkuasakan cukai ke atas LVG, antaranya Singapura (1 Januari 2023) dan Indonesia (1 April 2023).

Manakala di Malaysia, penggubalan akta berkaitan pengenaan cukai jualan ke atas LVG diimport ke Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan diluluskan oleh Parlimen pada 4 Ogos 2022.

“Cukai jualan LVG diimport asalnya dijadual untuk dilaksanakan pada 1 April 2023 tetapi ditangguh bagi membolehkan Kerajaan MADANI mengadakan sesi libat urus bersama-sama pemain industri untuk memperhalusi isu-isu pelaksanaan. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan cukai ini dapat mencapai objektif, terutamanya untuk menangani isu ketidaksamarataan layanan cukai ke atas barang-barang bernilai rendah antara perniagaan tempatan yang beroperasi secara fizikal dan perniagaan dalam talian.” jelas MOF.

Cukai jualan pada kadar 10% dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara. Ia tidak dikenakan ke atas rokok, produk tembakau, minuman keras dan rokok paip kerana kesemua barang ini telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan. Tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan ke atas LVG akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.

Penjual dalam talian tempatan dan luar negara yang menjual LVG diimport ke Malaysia dengan nilai melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan boleh memohon untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 melalui mylvg.customs.gov.my/.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...