AM

ADUN Guar Chempedak dilantik menjadi Pengerusi KEDA yang baharu

202

PUTRAJAYA 30 Mei 2020 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Negeri Kedah (KEDA) berkuat kuasa pada 1 Jun 2020. Pelantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

“Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembanguan Luar Bandar (KPLB), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan dan komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat “MENSEJAHTERAKAN LUAR BANDAR”” kata Dr. Abd Latiff.

Tambah beliau, KPLB yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas yang ada pada Ku Abd Rahman, ia diharap dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan KEDA pada masa akan datang.

Dr. Ku Abd Rahman merupakan ADUN bagi Guar Chempedak sejak tahun 2008 dimana kerusi tersebut dimenangi beliau di atas tiket Barisan Nasional. Selepas berjaya mempertahankan kerusi yang sama pada PRU ke 14 yang diadakan pada tahun 2018, beliau telah keluar dari parti UMNO dan menjadi ahli politik bebas.

Selepas itu beliau menyertai Parti BERSATU di mana penyertaan beliau ke dalam parti tersebut diumumkan oleh Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir pada 6 Disember 2018.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...