Home MY LNA AM Lawatan Rina Harun di Kuantan
AMCOVID-19

Lawatan Rina Harun di Kuantan

KUANTAN 30 Mei 2020 – Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini mengadakan lawatan singkat ke daerah Kuantan, Pahang.

Menurut Rina menerusi posting di Facebook rasmi beliau pada hari ini, beliau pergi ke Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman di Kg Kempadang, Sg Soi, Kuantan, Pahang bagi menyantuni penghuni serta menyampaikan sumbangan NGO dan Badan Korporat bersama Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, EXCO Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelaras sumbangan yang diterima daripada 2,760 badan bukan kerajaan (NGO) dan badan lain dengan nilai keseluruhan RM20.96 juta.

Terima kasih kepada NGO dan Badan Korporat yang lain atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka yang terjejas akibat daripada penularan wabak COVID-19.” kata Rina.

Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

Sehingga 29 Mei 2020 sebanyak 87 NGO di seluruh Pahang terlibat dalam membantu menyalurkan perkhidmatan bantuan bekalan kepada warga Pahang yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jenis-jenis barang yang telah disalurkan adalah dalam bentuk makanan kering, makanan bermasak, makanan basah dan lain-lain keperluan .

Jumlah nilai keseluruhan sumbangan NGO yang dIsalurkan kepada golongan yang memerlukan ini dianggarkan sebanyak RM639,280 dengan memberi manfaat kepada 10,713 penerima di seluruh Pahang. Kesemua penglibatan NGO ini adalah mematuhi Prosedur SOP PKP Penyaluran Bantuan NGO yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...