AMMuzik & Hiburan @ My LNA

Dana Kandungan Digital (DKD) akan hasilkan lebih peluang pekerjaan dan kandungan kreatif – Saifuddin

115

22 Mei 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Jabatan Penyiaran (RTM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan MY Creative Ventures pada Khamis (21 Mei 2020). Ia diadakan bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan bagi membantu penggiat dan karyawan seni kreatif terutamanya yang berskala kecil untuk memulakan semula aktiviti masing-masing dalam jangka masa pendek, iaitu 6 bulan.

“Input-input daripada perbincangan ini akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan (MOF), untuk pertimbangan dijadikan sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi yang dijangka diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Saya telah meminta setiap agensi kerajaan yang terlibat dalam mesyuarat tersebut untuk menyenaraikan bantuan-bantuan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh enam bulan yang akan datang dengan menggunakan peruntukan sedia ada masing-masing dan tidak memerlukan sebarang pindaan kepada aspek kawal sedia ada.

Agensi-agensi tersebut juga perlu memaklumkan tentang bantuan-bantuan yang boleh dilaksanakan menggunakan dana sedia ada, tetapi memerlukan tindakan lanjut dari aspek kawal selia sedia ada yang perlu kelulusan pihak MOF.” kata Saifuddin melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, setiap agensi yang berkaitan dipohon untuk memberi input tentang keperluan dana tambahan yang diperlukan daripada pihak MOF bagi membolehkan bantuan diberikan. Beliau turut mengalu-alukan dan menghargai komitmen yang telah diberikan oleh pihak MOTAC yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam menerajui usaha-usaha membantu penggiat industri kreatif memulakan semula aktiviti masing-masing.

“Kerajaan melalui KKMM mengambil berat terhadap nasib penggiat-penggiat industri kreatif tempatan yang terkesan dari segi ekonomi berikutan wabak COVID-19 yang melanda. Pelbagai usaha sedang dan telah dilaksanakan untuk memastikan penggiat dan karyawan seni kreatif tempatan mampu menjana semula pendapatan dan menjaga kebajikan
mereka, selaras dengan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diumumkan baru-baru ini.

Bagi pihak KKMM, saya akan memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dan kandungan kreatif dapat dihasilkan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) melalui agensi-agensi KKMM seperti FINAS dan MDEC.” jelas Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...