BM @ MY LNAPertanian @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023

495
Sumber Foto FB Rasmi TPM

IPOH, 11 November 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Fadillah Yusof telah hadir merasmikan sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan yang diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak semalam.

Kehadiran Fadillah adalah bukti kepada iltizam Kerajaan Perpaduan untuk menghargai jasa dan sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang disifatkan sebagai wira tani dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) merupakan acara tradisi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Sambutan secara dwi-tahunan ini merupakan perantara bagi Peladang, Penternak dan Nelayan untuk mendapatkan pendedahan baharu, mengembangkan jaringan kerjasama serta membuka peluang strategik kepada potensi perniagaan sepanjang sambutan ini berlangsung.

“Sehingga kini, sebanyak 48 kali sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) telah diadakan.

Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023. Ini bertepatan dengan aspirasi sambutan yang memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0).” kata KPKM.

Konsep baharu HPPNK 2023 memberikan daya tarikan khusus untuk golongan muda dengan memberi penekanan kepada empat (4) fokus utama.

“Antaranya Agro Millenia bertujuan menggalak dan mengekalkan penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian. Tarikan utama di segmen ini ialah peluang pekerjaan dan pendidikan dalam sektor pertanian, perkongsian kisah kejayaan anak muda dan aktiviti e-sukan (esports).

Fokus kedua adalah Agro Teknologi, Inovasi dan Modenisasi berkonsepkan daya cipta yang menawarkan kecanggihan agro teknologi dan inovasi pertanian, penternakan, perikanan, internet pelbagai benda (IoT) dan kelestarian pertanian termasuklah segmen berkenaan perubahan iklim dan pembaziran makanan. Manakala, Fokus Sejahtera MADANI pula menawarkan enam segmen utama seperti program Townhall Healing bersama warga Agro Madani, PeladangNita dan
aktiviti kekeluargaan.

Fokus terakhir adalah Agro MADANI. Program ini meraikan para pengunjung dengan pelbagai produk jualan pertanian menerusi Jualan Agro MADANI, Empayar Makanan, produk pertanian dan industri asas tani, buah-buahan serta florikultur.” kata KPKM.

KPKM menerusi Jabatan dan Agensi dibawahnya komited dan sentiasa beriltizam untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan negara melalui program berimpak tinggi seperti HPPNK, selain menyediakan pelbagai tawaran insentif dan inisiatif khusus kepada peladang, penternak dan nelayan.

“KPKM juga berharap sepanjang tiga (3) hari sambutan ini, para pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian secara praktikal seperti simulasi combine harvester simulation yang memberi ruang dan peluang untuk merasai suasana sebenar mengendalikan jentuai padi semasa proses penuaian di lapangan. Di samping itu, pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat baka ternakan seperti lembu hibrid terbaik, baka kambing dan ayam saga.

Selain itu tarikan khusus kepada anak-anak muda bagi menggalak mereka menceburi bidang pertanian, banyak teknologi yang dipamerkan antaranya dron, prototaip teknologi kejuruteraan pertanian untuk sistem pertanian pintar serta model sistem pengairan dan saliran pertanian, Recirculating Aquaculture System (RAS), asuhan ikan marin (Ikan Kerapu dan Siakap) dan pelbagai inovasi teknologi perikanan yang lain.” ujar KPKM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...