AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang sokong usaha membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi

284

PEKAN, 11 November 2023 – Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Pahang anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah diadakan di Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Pahang pada 10 dan 11 November 2023.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib mewakili Menteri Besar Pahang merasmikan Karnival MSN peringkat Negeri Pahang telah berjaya menarik lebih 3,000 penyertaan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta orang awam.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, perubahan landskap pendidikan negara yang memberi penekanan kepada pembelajaran bidang Pendidikan, Latihan, Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pendidikan Sains, Teknologi, Inovasi dan Matematik (STEM) adalah berlandaskan kepada peralihan trend global yang mula berpaksikan sains, teknologi dan digital.

Beliau berkata, peralihan utama yang disaksikan dalam Pelan Revolusi Industri 4.0 (I.R 4.0) yang melanda seluruh dunia, merupakan isyarat jelas bahawa pendekatan dalam aspek pendidikan perlu berubah dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi bagi menjamin daya maju dan daya pengeluaran sumber modal insan yang dapat mengisi keperluan masa hadapan.

“Negara perlu melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang TVET dan STEM yang diintegrasikan dalam bidang pendidikan negara di peringkat pengajian tinggi mahupun di peringkat permulaan pendidikan tertieri. Justeru, inisiatif yang diambil dalam penganjuran karnival bertemakan TVET dan STEM ini amat penting untuk mengarusperdanakan bidang tersebut dalam kalangan anak-anak sekolah, golongan belia dan komuniti setempat.” katanya.

Kerajaan Negeri Pahang telah pun menyatakan hasrat agar sebuah pusat sains dapat dibangunkan di Negeri Pahang bagi memperhebatkan inisiatif pembudayaan yang berterusan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dan mengharapkan agar Negeri Pahang dapat menerima manfaat dan dilibatkan melalui program-program yang dirancang di peringkat Persekutuan.

Sementara itu menurut Ketua Setiausaha MOSTI, Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, “Kajian Pusat Maklumat Sains Dan Teknologi Malaysia (MASTIC) pada tahun 2019 menunjukkan bahawa antara punca rakyat tidak mengunjungi pusat sains dan seumpamanya adalah kerana faktor ‘jarak’ dan ‘minat’. Kedua-dua faktor ini dapat diatasi dengan adanya Karnival MSN yang didatangkan kepada negeri-negeri dan menawarkan pelbagai pengisian interaktif di reruai pameran, demonstrasi sains dan bual bicara. Pengisian-pengisian ini yang berpaksikan sains, teknologi dan inovasi
digarap mengikut kesesuaian masyarakat setempat.”

Beliau turut menekankan bahawa pelaksanaan MSN adalah selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030. Pelan ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI dalam usaha untuk menggerakkan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembudayaan dan aktiviti kesedaran STI secara besar-besaran.

Pelbagai aktiviti menarik berteraskan STI disediakan sepanjang Karnival MSN 2023 yang berlangsung mulai 10 November 2023 (Jumaat) sehingga hari ini yang memberi manfaat kepada pengunjung antaranya Demonstrasi Kenderaan Elektrik, Demonstrasi Penerbangan Dron, E-sport Challenge, Aktiviti Hands-On Sains, Planet VR selain ceramah-ceramah STI.

Program-program MSN menyasarkan kepada pelbagai pemegang taruh seperti pelajar sekolah, belia kolej dan institusi pengajian tinggi, para guru, pemain industri serta orang awam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...