BM @ MY LNAParlimen @ My LNAUTAMA

PM arahkan perbelanjaan kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti kerajaan dikurangkan

414
Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 November 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa bagi tempoh 3 tahun antara 2020 hingga 2022, perbelanjaan untuk kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian Kerajaan telah mencecah RM700 juta.

Menurut Anwar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini, secara puratanya lebih RM200 juta setahun telah dibelanjakan sepanjang dua pentadbiran yang lalu untuk menguar-uarkan usaha Kerajaan melalui semua platform media massa termasuk media cetak, media sosial dan juga media radio dan televisyen.

“Mengambil kira komitmen Kerajaan ini berbelanja dengan lebih berhemah, Kerajaan ini komited untuk mengurangkan perbelanjaan komunikasi berkaitan. 

Pada tahun ini, perbelanjaan setakat Oktober 2023 tidak mencecah RM100 juta dan itupun berdasarkan kontrak yang telah dimeterai pada tahun lalu iaitu sebelum Kerajaan Perpaduan mengambil alih.

Saya telah mengarahkan supaya perbelanjaan dikurangkan untuk tahun depan 2024 dan selanjutnya bagi promosi dan publisiti hebahan Kerajaan tidak melebihi RM100 juta setahun iaitu tidak lebih separuh daripada apa yang dibelanjakan sebelum ini.” ujar Anwar.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...