AMNiaga @ My LNA

MEDAC umum perlantikan pengerusi baharu untuk UDA

121

UDA Holdings Berhad (UDA) mendapat pengerusi baharu berkuatkuasa 13 Mei, 2020.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan pelantikan Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias menerusi satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

“Jalaluddin merupakan Ahli Parliman Jelebu merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO bahagian Jelebu.

“Sebelum itu beliau pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah/Jempol dan Jelebu pada 1990 hingga 1991.

“Kami mengalu-alukan pelantikan pengerusi baharu UDA dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan,” kata MEDAC.

UDA merupakan agensi dibawah MEDAC, merupakan salah satu organisasi pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti, dan hospitality yang mampan serta berdaya saing dinegara ini.

Agensi ini telah bertapak kukuh dalam membentuk dan memodenkan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru sejak tahun 1971.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...