Home MY LNA AM Kubikel Saringan COVID-19 yang pertama diserahkan kepada Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya – MOSTI
AMCOVID-19Kesihatan @ My LNA

Kubikel Saringan COVID-19 yang pertama diserahkan kepada Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya – MOSTI

PUTRAJAYA 13 Mei 2020 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menyerahkan satu unit Kubikel Saringan COVID-19 (COVID-19 Screening Booth – CSB) yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 kepada Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya.

MOSTI, menerusi satu kenyataan hari ini dari Putrajaya berkata, CBS berkenaan merupakan salah satu daripada lapan unit yang dibangunkan pada fasa pertama untuk ditempatkan di hospital serta pusat kesihatan daerah terpilih di seluruh negara.

“Kubikel Saringan ini bertujuan untuk meniminumkan penggunaan pakaian perlindungan diri (PPE) serta meminimumkan kontak antara petugas kesihatan dengan pesakit bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada barisan hadapan.

“CBS ini dibangunkan oleh Syarikat iDeria Sdn Bhd, anak syarikat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan ia merupakan hasil usaha sama antara MOSTI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan peruntukan dana daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” kata MOSTI.

Menurut MOSTI, inisiatif ini juga dijayakan secara bersama oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dan syarikat NanoMalaysia Berhad.

“Penyerahan disempurnakan oleh Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“CBS ini dilengkapi ruang bertekanan positif dengan sistem penapis HEPAbagi petugas kesihatan, permukaan dinding dengan salutan nano anti-viral serta ruang pemisah antara pesakit dengan petugas kesihatan,” tambah MOSTI.

Selain dari itu, MOSTI juga turut menjelaskan CBS ini boleh digunakan sama ada di dalam atau luar bangunan serta saiz kubikel yang kecil ini membolehkannya untuk diletakkan di klinik kesihatan dan pusat kuarantin yang mempunyai kawasan yang terhad.

“Sistem walk-through membenarkan diagnosis dan sejarah penyakit direkodkan tanpa memerlukan kontak secara fizikal antara petugas kesihatan dengan pesakit.

“Adalah menjadi harapan MOSTI agar CBS yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat dan dapat membantu petugas kesihatan dalam melaksanakan saringan wabak COVID-19 dengan lebih mudah, pantas dan selesa agar negara kita dapat bersama-sama memerangi penularan wabak tersebut,” kata MOSTI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...