Kenyataan MediaMuzik & Hiburan @ My LNA

SISI BERBEZA FAIZAL TAHIR DALAM ‘RAGAMAN’

254

29 OGOS 2018, Kuala Lumpur – Penyanyi, komposer dan penerbit tersohor Faizal Tahir menampilkan sisi berbezanya dalam single terbaru ‘Ragaman’. Bukan sahaja dari segi gubahan muzik malah dari segi genre yang mempunyai elemen reggae serta penyampaiannya.

‘Ragaman’ menceritakan tentang kisah seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam. Gandingan trio komposer Faizal Tahir, Mike Chan dan Romeo yang sentiasa tampil dengan idea segar, sekali lagi memberi sentuhan magis mereka menerusi ‘Ragaman’. Gubahan muzik yang menggabungkan elemen reggae dan nuansa pop 60an  telah menjadikan lagu ini suatu sajian muzik yang mempunyai tarikan tersendiri daripada karya-karya yang berada di pasaran muzik masa kini. Lebih menarik lagi apabila liriknya menggunakan bahasa ‘pasar’ yang diselitkan unsur jenaka menjadikan lagu ini kedengaran lebih santai dan ceria. Paling istimewa, Faizal menyelitkan suara emas anak-anaknya sendiri dalam lagu ‘Ragaman’ ini.

“Lagu ini menawarkan sisi berbeza saya, kalau sebelum ini lagu-lagu ciptaan saya mengangkat tema yang lebih serius tapi dalam Ragaman, saya menggunakan tema yang lebih santai dan ‘relatable’ dengan pendengar. Bukan ‘feel’ dan ‘mood’ lagu saja yang berbeza malah cara penyampaian pun ada kelainannya apabila ianya dinyanyikan dalam gaya teaterikal,” sedikit ulasan dari Faizal Tahir sendiri.

‘Ragaman’ merupakan karya ciptaan Faizal sendiri bersama Mike Chan dan Romeo. Manakala lirik pula nukilan bersama Faizal, Mike Chan, Karim Karam dan Jaare.  Single ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ‘Ragaman’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 24 OGOS 2018.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa...