BM @ MY LNAJenayah

Ugut PM dan DIG, dua pengguna media sosial ditangkap

335

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2023 – Dua lelaki warga tempatan telah ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam satu siaran media hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata tangkapan pertama dibuat terhadap pemilik / pengendali akaun Facebook Nekad Hikers Ventures berumur dalam lingkungan 51 tahun pada 27 oktober 2023 di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tangkapan kedua pula dibuat ke atas pemilik / pengendali akaun Facebook Jgad Zruu berumur 27 tahun pada 27 oktober 2023 di Bukit Mertajam, P. Pinang.

Kata Mohd Suhaily lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara.” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...