AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

Kerajaan anggarkan kerugian RM63 billion sejak perlaksanaan PKP, kata Muhyiddin

100

Negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

“Terhenti aktiviti ekonomi bermakna terhentilah sumber pendapatan negara. Cukai tidak boleh dikutip, industri tidak boleh berkembang, pertumbuhan ekonomi terencat dan yang paling ingin kita elakkan ialah lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai pekerja kehilangan pekerjaan.

“Pada masa yang sama, ramai juga yang bimbang jika PKP ditamatkan.

“Apa akan jadi kepada usaha kita untuk menangani COVID 19. Virus ini masih ada di luar sana. Walaupun jumlah kes-kes baharu COVID 19 semakin berkurangan, risiko peningkatan kadar jangkitan tetap ada. Ramai yang akan keluar bekerja dan bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini. Dengan itu, adakah ini bermakna wabak COVID 19 akan menular semula,” kata beliau pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja hari ini.

Muhyddin berkata beliau juga sedar akan kebimbingan rakyat apabila ‘lockdown’ (PKP) dihentikan.

“Saya pun bimbang juga. Dan memang telah pun berlaku di beberapa buah negara lain, apabila ‘lockdown’ dihentikan, jumlah kes-kes positif COVID 19 meningkat semula dengan mendadak.

“Ini mesti kita elakkan. Jadi, saya telah berbincang secara panjang lebar mengenai perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kita mesti cari jalan untuk mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19,” kata Muhyddin.

Mengulas lebih lanjut, Muhyddin berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat.

“Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.” kata beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...