Kenyataan Media

PERUTUSAN HARI PEKERJA TAHUN 2020

229

Tahun ini merupakan tahun yang penuh mencabar bagi Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia, terutamanya di kalangan tenaga kerja yang terpaksa berdepan dengan pelbagai impak pandemik COVID-19.

Namun demikian, saya berpendapat tenaga kerja di Malaysia amat cepat menyesuaikan diri dengan keperluan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam berhadapan dengan cabaran ini, pekerja dan majikan telah berjaya meningkatkan penggunaan teknologi digital demi memudahcara tugasan dan ini telah meninggikan produktiviti serta keberkesanan proses.

Perubahan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti tenaga kerja, tetapi mampu mengembangkan syarikat menjadi sebuah entiti yang mahir dalam aktiviti e-dagang. Tidak dapat disangkal lagi pendigitalan adalah langkah yang mesti diambil oleh usahawan tempatan untuk memastikan syarikat kekal berdaya saing di dalam persekitaran normal baharu ini. Saya melihat ini sebagai waktu yang paling baik untuk kita memberi sepenuh fokus kepada pengaplikasian teknologi dan penciptaan inovasi untuk dijadikan pemangkin cara pemikiran dan pekerjaan kita.

Normal baharu ini juga membuka ruang dan mengalakkan sesi bekerja melalui atas talian dari kediaman masing-masing (work from home). Saya percaya dengan perkembangan ini, syarikat-syarikat dari segenap sektor ekonomi negara akan mengubah cara mereka bekerja pada masa hadapan dan akan memberi fokus kepada kepentingan mencapai keseimbangan dalam produktiviti dan kehidupan berkeluarga. Saya pasti, syarikat-syarikat Malaysia juga akan menambah nilai kepada pengalaman bekerja mereka semasa PKP ini pada masa hadapan.

Perubahan ini juga melambangkan hala tuju Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan seiring dengan Sustainable Development Goals yang menekankan kemampanan dalam pekerjaan, kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup dan kerjasama strategik.

Kedudukan daya saing ekonomi Malaysia bergantung kepada usaha untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran pekerja. Justeru, majikan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memberi latihan yang terbaik bagi meningkatkan kepakaran pekerja. Dalam konteks sekarang, penekanan juga perlu diberikan dalam kebersihan diri, pelaksanaan penjarakan sosial dan lain-lain amalan kesihatan semasa melakukan tugas.

Cabaran yang dihadapi kali ini juga telah memberikan penekanan khusus kepada kepentingan tenaga kerja Malaysia dari segenap lapis masyarakat dan sektor terutamanya dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana yang menyumbang 66% kepada tenaga kerja Malaysia. Rakyat kini telah lebih terdedah kepada peranan tenaga kerja negara dalam mengemudi perkembangan sosio-ekonomi negara. Di samping itu, zaman pasca COVID-19 juga menuntut kita untuk melakukan perubahan dalam menerima normal baharu.

Kita perlu meningkatkan kebersihan diri, terus melaksanakan penjarakan sosial dan lain-lain amalan kesihatan semasa melakukan tugas.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada lebih daripada 15 juta pekerja termasuklah 1.4 juta rakyat yang bekerja sendiri, yang telah berganding bahu dengan Kerajaan untuk menangani COVID-19.

Sambutan Hari Pekerja ini adalah untuk menghargai titik peluh dan perjuangan golongan pekerja yang telah menyumbang ke arah kemakmuran bersama.

“I believe in the dignity of labour, that the world owes no man a living but that it owes every man an opportunity to make a living.”

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Kanan
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Jumaat, 1 Mei 2020

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...