AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Kerajaan akan membuka semula aktiviti ekonomi secara berhati-hati bermula 4 Mei, Kata Muhyiddin

89

1 Mei 2020 – Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu diambil selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data yang diperoleh.

“Kerajaan akan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP).

“Tetapi masih ada beberapa industri yang masih tidak dibenarkan beroperasi yang membabitkan perhimpunan ramai yang mana penjarakan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.

Muhyiddin berkata, perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

“Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka,” katanya.

Beliau berkata, majikan digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang-seli bagi selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

Menurutnya, langkah itu juga boleh membantu ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak.

“Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.

“Kalau majikan boleh membenarkan datang kerja secara selang-seli ia boleh membantu selesaikan masalah ini.

“Jika anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ia secara tidak langsung memudahkan penjaga mengikut SOP yang ditetapkan ketika penjagaan kanak-kanak,” kata beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...