BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Festival Bung Bratak rancakkan industri pelancongan

366

3 September 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan program Merakyatkan
Seni Budaya: Festival Bung Bratak pada 2 – 3 September 2023 bertempat di Pusat Warisan Bung Bratak, Bau, Kuching,
Sarawak.

Menurut MOTAC, penganjuran program tersebut yang merupakan satu usahasama antara MOTAC dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak serta Pejabat Daerah Bau, dilihat berupaya merancakkan lagi industri pelancongan di Daerah Bau dan Pusat Warisan Bung Bratak.

“Penganjuran program ini bermatlamat untuk memupuk nilainilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti Bidayuh yang merupakan etnik ke-4 terbesar di Sarawak. Pusat ini merupakan tapak yang dibina untuk
mengekalkan warisan dalam usaha memulihara dan memelihara warisan etnik Bidayuh di Malaysia khasnya.

Bung Bratak, dahulunya merupakan kawasan penempatan awal masyarakat Bidayuh bagi sub etnik Bidayuh iaitu Jagoi
Bratak. Antara impak Pusat Warisan Bung Bratak kepada industri seni, budaya dan pelancongan Negeri Sarawak ini
adalah konsep rumah panjang dijadikan sebagai tempat penginapan di mana kutipan hasil telah mencatatkan penambahan progresif setiap tahun.” kata MOTAC.

Untuk rekod, pada tahun 2023 dari bulan Januari hingga Jun, hasil pendapatan daripada pengunjung domestik dan
asing sebanyak RM 35,455.00 yang diperoleh melalui kutipan yuran masuk dan penginapan di Pusat Warisan Bung Bratak. Pada tahun 2023 ini juga, peratus jumlah kedatangan pelancong ke Pusat Warisan Bung Bratak mencatatkan
seramai 3,334 orang pengunjung domestik dan seramai 90 orang pengunjung asing.

“Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang dua hari program ialah Demonstrasi Permainan Tradisional Etnik
Bidayuh, Acara larian Mendaki Bung Bratak “Nyikoh Bung Bratak” berpakaian etnik Bidayuh dan gotong-royong masakan tradisional Bidayuh. Turut diadakan ialah jualan produk tempatan, bengkel produk kesenian serta pameran
dan jualan produk kraftangan tempatan.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada Persatuan Warisan Bung Bratak iaitu 20 pasang baju tarian tradisional Bidayuh.” tambah MOTAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...