AMBM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

447
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. Kredit foto Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan berita tular bahawa wujud ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat untuk mengosongkan kerusi adalah sebagai khabar angin.

“Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat bahwa mandat dan watikah itu telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri.

Ini telah pun ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan juga dalam dokumen-dokumen yang telah diikrarkan di hadapan saya. ” jelas Ahmad Zahid ketika ditanya media di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini petang tadi.

“Kalau mahu mengambil tindakan yang pada hemat mereka adalah untuk kepentingan diri sendiri, saya fikir eloklah kita tunggu hingga akhir penggal nanti” tambah Ahmad Zahid.

Terdahulu Ahmad Zahid menyempurnakan majlis penutupan di mana di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu pasukan yang dekat di hatinya. Ini kerana beliau sendiri pernah menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2013 hingga 2018.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap PDRM yang selain memberi tumpuan terhadap fungsi dan peranan sedia ada, PDRM juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang boleh mendekatkan pasukan dengan masyarakat sepertimana program Madani Ride yang telah dilaksanakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...