AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

80% pelajar Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional terdiri daripada keluarga B40 – Armizan

377
Pemangku Menteri Perdagangan Dalan Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali . Kredit Foto FB Datuk Armizan Mohd Ali

JOHOR BAHRU, 20 OGOS 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalan Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa berdasarkan data yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 80% pelajar Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional terdiri daripada keluarga B40 dan mereka ini kurang mendapat bantuan berbanding pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi.

Kata Armizan dalam satu kenyataan hari ini, pada masa yang sama, pembelian data internet dan pengangkutan menunjukkan trend perbelanjaan utama yang dilakukan oleh para pelajar dalam kumpulan ini.

Justeru beliau berharap agar Program Outreach Sara Hidup di bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 dapat meringankan kos perbelanjaan harian mereka.

“Data di seluruh negara menunjukkan bahawa sejak bulan Februari 2023 sehingga 20 Ogos 2023, seramai 4,429 pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional di 12 lokasi telah menerima bantuan RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 769,350. Manakala untuk Negeri Johor, seramai 573 pelajar dengan jumlah bantuan sebanyak RM 85,950 telah diperuntukkan.” tambah beliau.

Armizan yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) hadir merasmikan program tersebut yang diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor hari ini. Negeri Johor merupakan lokasi kedua belas penganjuran Program Outreach Sara Hidup di bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai untuk tahun 2023.

Seramai 213 orang pelajar Tingkatan Enam dan 100 orang pelajar Kolej Vokasional daripada kumpulan isi rumah B40 di sekitar Johor Bahru telah dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan program peringkat Negeri Johor pada kali ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...