AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

Kenduri Seni Kampung mampu jana kreativiti dan kelestarian budaya di Ulu Dong

379

19 OGOS 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya, Balai Seni Negara dengan kerjasama Artgardenmadi mengadakan Program Seni Di Lokasi: Kenduri Seni Kampung Ulu Dong yang berlangsung bermula 15 Ogos hingga 20 Ogos 2023 di Ulu Dong, Raub, Pahang. Program ini merupakan salah satu usaha dalam mempromosikan kelestarian seni dan budaya serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi komuniti tempatan melalui kenduri seni, kerja seni, sembang saran dan bakat seni kreatif.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya , Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya , Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan di Artgardenmadi, Kampung Peruas, Ulu Dong.

Menurut MOTAC, Program Kenduri Seni Kampung merupakan platform yang menyatukan komuniti dan penggiat seni dengan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi, kelestarian seni serta pertumbuhan keusahawanan seni.

“Program yang mempromosikan kreativiti dan semangat kolaborasi dalam kalangan penggiat seni dan komuniti ini membawakan lebih 10 aktiviti serta pengisian. Antaranya ialah Aur di Tebing yang mengetengahkan kreativiti penggunaan buloh. Ia melibatkan penggiat seni dari dalam dan luar negara. Selain itu, Bengkel Anyaman Kitar Semula turut diadakan bagi mempromosikan kelestarian alam dengan mengubah bahan plastik kitar semula menjadi produk seni yang praktikal antaranya bakul, alas, beg, kulit fail dan sebagainya.

Selain itu, tarikan menarik dan unik di Ulu Dong dilahirkan menerusi Mural Seni. Penghasilan karya seni mural bersaiz 1000 kaki persegi di Sekolah Kebangsaan Ulu Dong melibatkan pelukis tempatan iaitu Suhaimi Ali dan Shal Sefehee, pihak sekolah serta orang awam di sekitar kawasan berkenaan. Selain mampu menjadi tarikan kepada pelancong, ia sekaligus mampu memupuk sikap tanggungjawab masyarakat terhadap hasil seni awam.” kata MOTAC.

Menarik program kali ini, Balai Seni Negara turut mengadakan Corporate Social Responsibility (CSR) melalui “Bela Gambo” iaitu preservasi dokumen-dokumen kenangan antaranya sijil kelahiran, sijil perkahwinan, fotofoto peribadi dan dokumen peribadi lain bersama komuniti setempat. Kaedah “Membela Gambo” adalah melibatkan rawatan cucian kering, rawatan tampalan koyak serta pengkapsulan dokumen. Mereka yang terlibat turut diberi pendedahan berkenaan kaedah pemeliharaan dokumen peribadi yang mempunyai nilai sejarah pemiliknya dan perlu dijaga.

Di samping itu, program ini turut menganjurkan sesi perkongsian mengenai potensi buloh sebagai bahan seni dan industri yang bernilai tinggi melalui Wacana Buloh ‘Potensi Tanaman dan Produk Buloh’ oleh Ir. Major Hj. Ahmad Mazlan bin Othman, Penggerak dan Pakar Buloh. Mereka yang terlibat juga turut didedahkan dengan teknik membuat hasil seni daripada buloh dengan menyertai Bengkel Seni Buloh.

Antara aktiviti lain adalah Cerita Aok Anok Sape, Pameran Lukisan Tanah Air, Gotong-Royong Pembersihan Sungai, Botanical Drawing ‘Herba Ulu Dong’, Pameran Lukisan Tanah Air, Pameran SWCORP, Bengkel Seni Main Tanah, Permainan Tradisional, Keusahawanan Seni, Jualan Produk Pelancongan Rekreasi/Pekan Sari, Sembang Rakyat “Sejarah Kenduri Kendara”, Bengkel Zapin, Persembahan Seni Budaya dan Senaman Taichi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...