AMBerita @ My LNAKeselamatan @ My LNA

Jam Swatch LGBTQ+ : Kerajaan wartakan Perintah Larangan Penerbitan

531

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan dengan perihalan “Apa-apa penerbitan yang berkaitan dengan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Queer, and +Plus (LGBTQ+) dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch dalam apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau apa-apa benda lain yang berkaitan” melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos 2023.

Menurut KDN dalam satu kenyataan hari ini, Pewartaan Perintah Larangan tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepetingan awam, dan Negara dalam kalangan masyarakat. Dalam hal ini, hasil penerbitan tersebut dikenakan tindakan Perintah Larangan kerana ianya merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam, dan kepentingan Negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di Malaysia.

Adalah diingatkan bahawa, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.” kata KDN.

KDN juga sekali lagi menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan
yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...