AMCOVID-19 @ My LNA

Penafian Berita Palsu 2 April 2020, 9 pagi – Pasukan Respon Pantas KKMM

205

2 April 2020, 9 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.

Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :

  1. Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan oleh Migrant Care (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat) bahawa Kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  2. Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan bahawa hospital tersebut menghebahkan tentang kes positif COVID-19 di setiap kawasan di Daerah Segamat.
  3. Ketua Polis Daerah Penampang, Sabah menafikan dakwaan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Putatan walhal sebenarnya kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam pada tahun 2019 dan merupakan video lama yang dikitar semula.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...