AMCOVID-19 @ My LNA

Hishammuddin bidas kenyataan Migrant Care

81

1 April 2020 – Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Migrant Care (Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat) yang mendakwa kononnya Kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di dalam posting di Facebook rasmi beliau pada hari ini, Hishammuddin menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Beliau mendakwa bahawa kenyataan tersebut turut dinafikan oleh pihak berkepentingan Indonesia sendiri.

“Menteri Luar Indonesia, Ibu Retno Marsudi sebelum ini menyatakan memang akan ada sekumpulan rakyat Indonesia pulang, tetapi beliau tidak menyebut kerana pengusiran.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah menegaskan rakyat Indonesia pulang bukan kerana diusir sebaliknya dihantar pulang kerana masuk ke Malaysia tanpa izin sebelum krisis Covid-19.

Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur turut menafikan berlakunya pengusiran.” kata Hishammuddin.

Tambah beliau lagi, Koordinator Fungsi Pensosbud Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Anang Fauzi Firdaus turut mengakui rakyat Indonesia pulang atas beberapa sebab iaitu tamat tempoh kebenaran menetap dan tiada kerja sepanjang tempoh PKP di Malaysia.

Beliau turut berkata bahawa hubungan beliau dengan rakan sejawatnya dari Indonesia iaitu Ibu Retno Marsudi adalah cukup baik. Menurut beliau, Wisma Putra dan Kementerian Luar Indonesia sentiasa berhubung bagi membincangkan kepentingan rakyat negara masing-masing yang menetap di Malaysia dan Indonesia.

“Justeru, nasihat saya kepada pihak di luar sana, semak dahulu kesahihan fakta sebelum mengeluarkan kenyataan. Jangan sewenang-wenangnya membuat dakwaan tidak bertanggungjawab yang boleh mengeruhkan hubungan serumpun Malaysia dan Indonesia.” tegas Hishammuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...