Home AM Penafian Berita Palsu 1 April 2020, 11.15 pagi – Pasukan Respon Pantas KKMM
AMCOVID-19Kenyataan Media

Penafian Berita Palsu 1 April 2020, 11.15 pagi – Pasukan Respon Pantas KKMM

1 April 2020, 11.15 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.

Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :

  1. Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditempatkan di dalam lokap secara beramai-ramai, sebaliknya beliau menjelaskan bahawa tahanan tersebut dilayan mengikut SOP yang ditetapkan yang menekankan penjarakan sosial (social distancing).
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang menafikan dakwaan mengenai terdapat talian hotline JKM di daerah-daerah di negeri Pahang untuk dihubungi bagi mendapatkan bantuan COVID-19 bagi tempoh 29 Mac sehingga 14 April 2020.
  3. Pejabat Kesihatan Daerah Kulim menafikan dakwaan bahawa seorang pekerja TF Value Mart di Kulim positif COVID-19.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...