AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

MEDAC akan laksanakan inisiatif baharu bantu koperasi

182

KUALA LUMPUR 1 April 2020 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan melaksanakan beberapa inisiatif baharu bagi membantu koperasi dalam menghadapi kelembapan operasi perniagaan berikutan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 akibat penularan Covid-19.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi Tuanku Jaaffar mengumumkan bahawa insentif kewangan baharu yang disediakan oleh Kerajaan melibatkan keseluruhan peruntukan RM1.0 bilion. Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif adalah sebanyak RM1.099 bilion yang dapat memberi manfaat kepada 14,628 buah koperasi yang berdaftar di seluruh negara.

“Jumlah ini termasuk dengan penangguhan bayaran balik Tabung Modal Pusingan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tempoh enam (6) bulan yang bernilai sebanyak  RM99 juta” kata beliau di dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Wan Junaidi, inisiatif baharu tersebut meliputi beberapa perkara dan pertamanya memberi penangguhan kepada Koperasi daripada mendeposit keuntungan bagi tahun kewangan 2019 ke Akaun Deposit Koperasi (ADK) di mana ini akan memberi manfaat kepada 14,000 koperasi dengan jumlah tunai terlibat dianggarkan sebanyak RM600 juta.

Seterusnya, Koperasi diberikan pengurangan caruman ke Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) iaitu sebanyak 8% berbanding 15% kadar sedia ada daripada untung bersih koperasi untuk tempoh kewangan mulai 31 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020. Dianggarkan sebanyak RM333 juta lebihan likuiditi dalam gerakan koperasi dapat dimanfaatkan untuk memulihkan perniagaan yang terjejas. 

“Ketiga, Koperasi boleh mendapat pembiayaan dalam bentuk soft-loan yang disediakan di bawah Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) sehingga RM50 ribu tanpa cagaran dengan grace period selama enam (6) bulan untuk tempoh sepanjang wabak. Proses dan tempoh kelulusan akan dipermudah dan dipercepatkan. Bagi tujuan ini, sebanyak RM15 juta disediakan.

Keempat, Koperasi juga disediakan kemudahan pembiayaan melalui Dana Likuiditi Pusat (CLF) untuk tempoh jangka pendek iaitu selama 1 tahun dengan jumlah pembiayaan sehingga RM500 ribu. Jumlah peruntukan terlibat adalah RM50 juta dengan sasaran 100 buah koperasi yang benar-benar memerlukan suntikan kecairan jangka pendek bagi meneruskan operasi perniagaan koperasi di sepanjang tempoh PKP ini” tambah Wan Junaidi.

Selanjutnya, MEDAC turut menyediakan Geran bantuan kecemasan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta, khusus untuk koperasi yang terjejas teruk dengan pandemik COVID-19 dengan jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM30,000.00 bagi setiap koperasi.

Turut akan dilaksanakan adalah Program Jualan Harga Patut Koperasi dengan peruntukan RM1 juta bagi membantu anggota dan masyarakat lain mendapatkan beberapa barangan keperluan harian pada harga berpatutan di samping membantu memulihkan perniagaan koperasi. Program ini akan melibatkan 200 koperasi seluruh negara dan dijangka dapat meningkatkan perniagaan sebanyak RM30,000 bagi setiap koperasi.

“Pelaksanaan inisiatif baharu ini diharap dapat meningkatkan kapasiti 14,628 koperasi untuk menggerakkan semula aktiviti perniagaan koperasi dan menyumbang dengan efektif kepada pembangunan ekonomi negara. Diharapkan melalui inisiatif-inisiatif baharu ini, ia akan dapat membantu dan mengurangkan bebanan koperasi sepanjang tempoh PKP ini.” ujar Wan Junaidi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...