AMCOVID-19 @ My LNA

Penafian Berita Palsu 31 Mac 2020, 9 pagi – Pasukan Respon Pantas KKMM

188

31 Mac 2020, 9 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.

Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :

  1. Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah menafikan dakwaan satu (1) notis mengenai arahan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14/4/2020 yang jelas mengandungi mesej yang tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN.
  2. MKN menafikan dakwaan bahawa rakaman video insiden kekecohan di sebuah pasaraya berlaku di Johor walhal sebenarnya ia merupakan rakaman video tentang looting yang berlaku di pasaraya di beberapa bandar di Amerika Syarikat.
  3. MKN menafikan dakwaan bahawa selain Foodpanda, GrabFood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran, sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan (food delivery) akan didenda RM1,000.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...