Berita @ My LNABM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

7 Politeknik Terima Pengiktirafan Akreditasi APACC

664

Sebanyak tujuh (7) politeknik menerima pengiktirafan akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC), baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, berkata akreditasi itu adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh kriteria yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh institusi.

“Lebih membanggakan apabila dua (2) politeknik iaitu Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima pengiktirafan tertinggi dengan memperoleh Anugerah Platinum dan hanya tiga institusi di Malaysia termasuk PPD dan PUO yang berjaya berada di tahap ini. Ini diikuti dengan lima (5) politeknik lain yang turut cemerlang dengan memperoleh Anugerah Emas”.

“Pencapaian akreditasi APACC ini secara langsung berupaya membuktikan bahawa sistem pendidikan politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada pencapaian berprestasi tinggi dalam mentransformasikan program pengajian politeknik ke tahap lebih cemerlang”, katanya lagi.

Akreditasi APACC secara langsung berupaya memudahkan mobiliti graduan politeknik ke negara-negara Asean dan juga dapat mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia Pasifik dan memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik.

INFO: 7 Politeknik diiktiraf APACC :

ANUGERAH PLATINUM:

Politeknik Port Dickson (PPD)

Politeknik Ungku Omar (PUO)

ANUGERAH EMAS:

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Politeknik Kota Bharu (PKB)

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Politeknik Seberang Perai (PSP)

Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...