Peruntukan sebanyak RM10.8 juta telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kepada Majlis Perbandaran Taiping, Kampung Baru Cina Daerah Larut Matang dan Kampung Baru Cina Daerah Selama pada hari ini bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di kawasan tersebut.
Beliau telah turun padang dalam siri lawatan kerja beliau sempena Program Sentuhan Kasih KPKT pagi ini bagi meninjau keperluan kemudahan awam serta infrastruktur di Pasar Basah Aulong, Base Camp Bukit Larut, Pasar Awam Taiping dan Resthouse Lagenda.
Kor Ming turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.32 juta yang melibatkan projekprojek BP.1 seperti kerja-kerja menaik taraf banglo / rumah rehat di Bukit Larut dan kerja-kerja menaik taraf Dataran Warisan.
Manakala peruntukan berjumlah RM4.159 juta pula kepada Bahagian Kampung Baru Cina melibatkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, longkang konkrit, gelanggang permainan dan pagar padang di Kampung Baru Cina Daerah Larut Matang dan Kampung Baru Cina Daerah Selama.
“Jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bagi seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Perak yang telah diluluskan sehingga Julai 2023 adalah berjumlah RM51.5 juta. Kerajaan Persekutuan yakin ‘sentuhan kasih KPKT’ yang telah diberikan adalah berdasarkan keperluan menerusi inisiatif
KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk Perak. Ia merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.” kata Kor Ming.
Kor Ming turut menghadiri Majlis Pecah Tanah Program Rumah MADANI Rakyat di Aulong, Perak. Pembinaan Rumah MADANI Rakyat di bawah Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru itu adalah menggunakan peruntukan KPKT sepenuhnya di mana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana. Dengan had nilai bantuan maksimum sehingga RM70,000 seunit, Rumah MADANI Rakyat itu dibina dengan keluasan 660 kaki persegi merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
“Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru, Rumah MADANI Rakyat ini diwujudkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga luar bandar serta membina rumah kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga. Oleh itu, pembinaan Rumah MADANI Rakyat ini merupakan antara 22 unit rumah yang bakal dibina di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor. Daripada jumlah tersebut, negeri
Perak mempunyai penerima paling tinggi iaitu sebanyak 12 buah unit.” ujar Kor Ming.
- AI skills could boost Hong Kong workers’ salaries by up to 28% and accelerate career growth as AI adoption ramps up, new research finds
- REDEX to be an exclusive partner to TNBX in Malaysia to support the Malaysia Green Attribute Trading System (mGATS) platform
- Swiss Re Foundation aims to boost health and environmental innovations through Shine Southeast Asia
- MSIG Hong Kong launches its new brand campaign “Serving with Heart, Putting You above All”
- NEON Japan to Showcase the Asia Premiere of Ramses and the Gold of the Pharaohs in Tokyo, Following Phenomenal Successes in the US, Europe & Oceania
Leave a comment