24 JUN 2023 – Kenyataan Tony Pua dalam satu majlis anjuran DAP di Petaling Jaya yang berunsur menyerang terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan bukanlah suara mewakili parti dan ianya suatu yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah sekarang.
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) dalam kenyataan media menyatakan, isu yang berbangkit adalah tidak mencerminkan pendirian parti.
Menurutnya, kerjasama yang terbentuk dalam kerajaan kini adalah keputusan yang dipersetujui bersama dengan gabungan politik lain oleh pucuk pimpinan parti.
“ Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan hala tuju parti pada masa kini.
Keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan perlu dijaga demi kestabilan politik pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.
Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP, tegasnya.
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
- Guangdong Radio and Television Station- Shenzhen Youth Shine at COP29: A Green Declaration of Youth Responsibility
- Webroot Warns Shoppers: AI Convenience Comes with Cybercrime Risk This Holiday Season
Leave a comment