AMKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai pada bulan Mac 2020 ditangguhkan – KPM

102

13 Mac 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menangguhkan semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan ini adalah merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

“Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan Coronavirus 2019 yang dikeluarkan oleh KKM.

Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM. ” jelas KPM di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah KPM penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Semalam KKM telah mengumumkan jumlah kes COVI-19 di negara ini telah meningkat ke angka 158 di mana menyaksikan pertambahan sebanyak 9 kes semalam (12 Ma 2020). Kes sembuh pada tarikh semalam adalah sebanyak 32 kes.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...