Home AM COVID -19 : Peranan dan Tanggungjawab KPWKM – Rina Harun
AMKesihatan

COVID -19 : Peranan dan Tanggungjawab KPWKM – Rina Harun

14 Mac 2020 – Menteri Wanita dan Keluarga, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menerangkan peranan dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menjaga serta mengurus hal ehwal kebajikan 428 rakyat Malaysia yang bertugas dan menetap di Iran dan Itali, yang akan dibawa pulang oleh Kerajaan susulan daripada penularan wabak COVID-19.

Menurut Rina di dalam satu kenyataan media pada hari ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambil langkah-langkah seperti berikut :

  1. Menyediakan keperluan asas seperti makan,minum,pakaian, peralatan harian dan juga keperluan lain yang diperlukan;
  2. Mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka yang menjalani pengawasan;
  3. Menyelaras sumbangan daripada pertubuhan bukan Kerajaan, syarikat korporat dan individu mengikut keperluan;
  4. Menguruskan aduan berkaitan keperluan serta menyediakan perkhidmatan kaunseling jika diperlukan kepada keluarga

“JKM akan menyediakan petugas yang secukupnya termasuk pasukan yang telah bertugas dalam misi pengawasan warga Malaysia dari Wuhan sebelum ini bagi membantu urusan dan keperluan harian mereka yang akan di bawa pulang kelak selama tempoh kuarantin. KPWKM mengagumi komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh pegawai bertugas tanpa mengambil kira risiko yang perlu dihadapi oleh mereka demi tugas dan kesejahteraan negara.

Dalam hal ini, KPWKM sangat prihatin terhadap kebajikan mereka dan berhasrat memberikan insentif khas kepada petugas ini sebagai apresiasi Kementerian terhadap sumbangan dan komitmen yang padu kepada Negara.” jelas Rina.

KPWKM juga melaksanakan kawalan dalaman dengan menguatkuasakan operasi saringan suhu badan kepada semua warga kerja KPWKM/Jabatan/Agensi/Pelawat di aras lobi . Sumber foto Facebook Rasmi Menteri Wanita dan Keluarga

Dalam pada itu, Rina turut berkata bahawa Kementerian yang diterajuinya sangat mengambil berat terhadap kesihatan dan kesejahteran penghuni di 70 buah institusi yang terdiri daripada 38 buah institusi Kanak-kanak, 12 buah institusi warga emas dan 10 buah institusi Orang Kurang Upaya, 5 institusi Orang Papa dan 5 institusi mangsa pemerdagangan orang.

“KPWKM telah mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu dengan membekalkan sanitizer dan topeng di semua premis institusi yang telah dinyatakan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan wabak COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan.

KPWKM juga turut menasihatkan pegawai serta kakitangan yang mempunyai gejala berkaitan wabak ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan topeng muka dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan yang berdekatan.

Seterusnya, KPWKM telah menangguhkan permohonan lawatan daripada pihak luar ke semua institusi di bawah Kementerian.” terang Rina.

Tambah Rina lagi, KPWKM juga melaksanakan kawalan dalaman dengan menguatkuasakan operasi saringan suhu badan kepada semua warga kerja KPWKM/Jabatan/Agensi/Pelawat di aras lobi sebelum memasuki pejabat. Beliau turut menjamin bahawa KPWKM sentiasa komited dalam memastikan semua warga kerja mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Untuk makluman setakat jam 10 pagi hari ini, jumlah negara yang telah dijangkiti wabak COVID-19 adalah sebanyak 135 buah negara. Negara China mencatat 81012 jumlah kes dan negara Itali merupakan negara kedua tertinggi dengan jumlah kes sebanyak 17660. Iran pula merupakan negara ketiga selepas Itali dengan jumlah kes sebanyak 11364.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...