12 Mac 2020 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada hari ini memohon agar para peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling , Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, ia dalah sebagai menyambut saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana para peserta diseru agar tampil hubungi talian hotline yang disediakan oleh pihak Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) atau hubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Dalam pada itu Dr. Zulkifli juga menjelaskan, sekiranya pihak KKM memutuskan keadaan wabah COVID-19 masih terkawal, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat.
Syarat-syarat tersebut adalah :
- Khutbah dipendekkan.
- Orang ramai berwuduk di rumah
- Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 tidak perlu hadir menunaikan solat Jumaat kerana mereka adalah termasuk dalam golongan orang yang sakit.
- Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.
Sekiranya KKM memutuskan keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal maka :
- Solat Jumaat boleh tidak dilakukan tetapi wajib diganti degan solat Zohor di rumah masing-masing.
- Dalam hal ini terdapat beberapa garis panduan iaitu larangan tersebut perlu dikeluarkan oleh pemerintah yang berautoriti seperti KKM, larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan samada rasmi atau pun tidak, Wabak COVID-19 sudah menunjukkan kesannya di mana ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut dan pihak yang bertanggung jawab seperti KKM telah menjalankan pemeriksaan yang rapi ke atas jemaah yang menghadiri masjid atauopun surau tersebut dalam tempoh jangkaan penularan wabak.
Kenyataan dari Dr. Zulkifli ini dilihat dikeluarkan selari dengan gesaan daripada pihak KKM agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19. KKM juga menggesa agar rakyat negara ini menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
Leave a comment