Home AM Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia akan ditubuhkan – Saifuddin Abdullah
AMSains, Teknologi & Komunikasi

Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia akan ditubuhkan – Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA 12 Mac 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini mengumumkan matlamat baru Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) , iaitu memacu kecendekiaan (intelligence) dalam masyarakat. Jelas beliau Kecendekiaan bermaksud masyarakat yang mampu memperoleh dan memanfaatkan ilmu dan kemahiran.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah di sidang media yang telah berlangsung pada hari ini.
Sumber foto : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

“Inilah maksud visi kementerian ini, iaitu melahirkan masyarakat terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital. Semua ini harus selaras dengan matlamat-matlamat utama negara, contohnya, membina kehidupan damai dalam kepelbagaian; membangun masyarakat berbudaya ilmu dan saintifik; memartabatkan bahasa kebangsaan; menikmati kemakmuran ekonomi yang dikongsi bersama; dan anggota warga dunia yang aktif dan berdaya saing. Manakala segala undang-undang, dasar dan program kementerian adalah wahana untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, saya akan menggunakan pendekatan partisipatori yang melibatkan kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil. Oleh itu, saya akan menubuhkan sebuah Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia yang dianggotai pelbagai pemegang taruh yang berkaitan dengan undang-undang, dasar-dasar dan program-program kementerian.” kata Saifuddin di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah Saifuddin, beliau akan meneruskan dasar-dasar dan program-program yang telah dilaksanakan/sedang dirangka bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan beberapa penambahbaikan atau pendekatan baharu akan juga dilaksanakan.

“Pada masa yang sama, misi kementerian yang sedia ada akan diteruskan, iaitu, pertama, pengukuhan masyarakat yang bermaklumat, terhubung dan berdaya maju menerusi penerangan, penyiaran dan informasi yang berkualiti, berkesan dan berintegriti; dan kedua, memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital dan komunikasi sosial serta memacu pertumbuhan ekonomi digital selain terus komited dalam mengembangkan industri kreatif negara.” kata Saifuddin.

Beliau turut menambah bahawa pihak KKMM akan menumpukan kepada usaha-usaha meningkatkan akses, peluang dan dividen digital untuk semua lapisan masyarakat, dan memastikan tiada yang terpinggir. Di samping itu KKMM akan terus mendokong kebebasan media tanpa berkompromi terhadap berita palsu serta terus mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara dari ancaman siber.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...