Alam Sekitar @ MY LNAAMUTAMA

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

202

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Azmi Nik Ahmad memaklumkan bahawa kes tapak pelupusan haram berhampiran Twin Palms, Sungai Long, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang melengkapkan kertas siasatan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, larangan atas pembakaran terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang memperuntukkan denda sehingga RM 500 ribu atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Manakala bagi kes Black Water Lake, Bandar Mahkota Cheras ianya adalah di bawah bidangkuasa PBT dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Majlis Pembandaran Kajang.

“Kerajaan sentiasa mempertingkatkan usaha-usaha pencegahan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu tempatan dan menjejaskan kualiti udara serta kesihatan awam.

Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan mudah terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] iaitu kompaun sehingga RM2,000 bagi setiap kesalahan atau didakwa di mahkamah dengan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.” kata Nik Azmi dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Semalam beliau bersama Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasir melawat dua tapak pembuangan sampah yang dijalankan secara haram Twin Palms serta Black Water Lake di Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

Turut hadir adalah EXCO Alam Sekitar Selangor merangkap ADUN Kajang, Hee Loy Sian dan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan .

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...