AMPolitik @ My LNA

Kerajaan Pakatan Harapan Telah Luluskan Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Terakhir Untuk Pelaksanaan Manifesto Pakatan Harapan Yang Membenarkan Pembayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Dikutip Hanya Untuk Peminjam Yang Berpendapatan Lebih RM4,000 Sebulan

132

Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri(Kabinet) terakhir untuk pelaksanaan Manifesto Pakatan Harapan yang membenarkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikutip hanya untuk peminjam yang berpendapatan lebih RM4,000 sebulan. Malangnya kerajaan Persekutuan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi ini dibuat.

Ini berikutan dakwaan yang menyatakan kenyataan saya sebelum ini tentang perkara tersebut adalah pengumuman kosong. Formula ini telah diusahakan oleh PTPTN dan disokong oleh Kementerian Kewangan, yang membentangkan formula membenarkan bayaran balik PTPTN hanya untuk peminjam yang berpendapatan lebih RM4.000 sebulan.

PTPTN telah membuat pembentangan kepada mesyuarat Kabinet sebanyak 2 kali sebelum diluluskan. Implikasi kewangan ialah selain daripada tanggungan hutang sedia ada yang telahpun diperuntukkan, ia akan menambahkan tanggungan hutang beberapa bilion ringgit. Kabinet bersetuju bahawa tambahan tanggungan hutang ini perlu untuk mengurangkan beban peminjam PTPTN yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Sepanjang 21 bulan ini, kerajaan PH berusaha secara berperingkat untuk melaksanakan janji Manifesto PH seperti pengurangan pembayaran tol PLUS Bhd untuk Lebuhraya Utara-Selatan sebanyak 18% dan tidak ada kenaikan kadar tol selepas ini.

LIM GUAN ENG

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...