AM

Kurangkan berpolitik, fokus agenda kepada agama, bangsa dan rakyat Malaysia – Rina Harun

79

8 Mac 2020 – Ketua Srikandi PPBM (Bersatu) Malaysia, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini mengulangi gesaan agar semua ahli politik khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya kurangkan berpolitik.

Di dalam posting di Facebook Page rasmi beliau, Rina yang juga merupakan mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar menulis :

” Kita perlu bantu menangani kos sara hidup rakyat. Kita perlu bantu kesihatan rakyat. Kita perlu bantu pekerjaan rakyat. Kita perlu lahirkan lebih ramai anak Melayu berjaya dan bergelar jutawan. Kita perlu martabatkan pendidikan bangsa. Kita perlu beri kebahagiaan kepada rakyat. Cukup-cukuplah berpolitik.”

Ini dipercayai merujuk kepada situasi politik semasa di negara ini sejurus kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini yang diambil alih oleh kerajaan baru yang dipimpin oleh Presiden PPBM (Bersatu) iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Rina juga dilihat sebagai salah seorang pemimpin PPBM yang terus sedaya upaya mencuba menyatu semula saf kepimpinan tertinggi parti tersebut terutamanya antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pengikut mereka masing-masing melalui posting-posting di Facebook rasmi beliau.

Sebagai contoh posting beliau semalam yang berbunyi :

Sumber foto Facebook Page Rina Harun Official

“Bersama Srikandi Bahagian Jelebu, Negeri Sembilan. Terima kasih jemput dalam program solat hajat. Kita bersama dalam iltizam untuk menempuhi segala cabaran bersama. Tiada pengkhianatan. Yang ada adalah harapan untuk terus melihat pemimpin kami bersatu semula. Serta membina negara bangsa berjaya.”

Pada bulan lepas Rina telah berjaya menewaskan penyandang jawatan, Hafiza Jusoh bagi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Sepang dalam pemilihan parti yang berlangsung di Sepang. Beliau telah memperolehi sebanyak 191, berbanding lawan yang mendapaf 34 undi. Rina juga disebut-sebut oleh orang ramai sebagai salah seorang wakil Bersatu yang akan memegang jawatan di dalam senarai kabinet baru di bawah kepimpinan Muhyiddin nanti.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...