AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

MDEC sediakan Program eUsahawan ke arah penggunaan teknologi digital

181

KUALA LUMPUR 22 Mei 2023 – Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching memaklumkan bahawa KKD menerusi agensinya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menyediakan Program eUsahawan yang bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang.

Menurut Teo Nie Ching ketika menjawab soalan dari Gobind Singh Deo [Damansara] di Parlimen hari ini, eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia.

“Sejak 2015, MDEC menawarkan beberapa modul latihan program eUsahawan. Pertama, latihan “eUsahawan Fundamental” yang menawarkan latihan asas keusahawan digital dimana latihan ini akan menyentuh keseluruhan topik berkaitan pengurusan perniagaan, keusahawanan, pendigitalan dan pemasaran digital.

Selain itu, mulai tahun ini, latihan “eUsahawan Modular” telah diperkenalkan bagi menawarkan latihan secara lebih terperinci berkaitan topik-topik pengurusan, pemasaran dan penggunaan teknologi digital seperti Strategi Model Perniagaan, Pembangunan Kandungan Kreatif, Penggunaan Platform Media Sosial dan Pengurusan Platform e-Dagang bagi membantu syarikat-syarikat tempatan dalam mempromosikan dan mengembangkan perniagaan mereka di pasaran tempatan mahupun global.”katanya.

MDEC juga mempunyai jaringan kerjasamadi 15 buah negara termasuk Asia Tenggara (Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Cambodia), Taiwan, Hong Kong, Australia, Jepun, UAE (Dubai), Arab Saudi serta Bangladesh, dan kini sedang dalam proses mengeksplorasi Korea Selatan, Turkiye dan United Kingdom. Antara langkah yang diambil bagi membantu syarikat tempatan ke pasaran global merangkumi:

i) Sesi perkongsian dan kesedaran kepada syarikat tempatan mengenai gambaran landskap dan keseluruhan pasaran, peluang dan cabaran dalam perniagaan;

(ii)  Menghubungkan syarikat tempatan dengan pemain ekosistem terlibat;

(iii)  Membantu syarikat dalam mesyuarat padanan perniagaan melibatkan rakan niaga ekosistem; dan

(iv)  Fasilitasi Geran Eksport Malaysia Digital (MDXG) kepada syarikat yang berkelayakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...