Home AM 36 buah sekolah di KL dan Selangor terjejas akibat ribut
AMMY LNA

36 buah sekolah di KL dan Selangor terjejas akibat ribut

21 Mei 2023 – Kejadian ribut yang telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 19 Mei 2023 telah mengakibatkan kerosakan kepada 36 buah sekolah.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) kerosakan tersebut melibatkan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan 9 buah sekolah di Selangor.

“Pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM. Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera.

JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.” kata KPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Economy & FinanceHighlightsMY LNA

MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS

Kuala Lumpur, 2 June 2023 – Malaysia has emerged as a prime...

Economy & FinanceEnergyMY LNAOpinion

Electricity tariffs: With you in mind

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The COVID-19 outbreak and the ongoing...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

EducationHighlightsMY LNA

UM STEM WITH CONGKAK AT CARDIFF MUSEUM, UNITED KINGDOM- A CROSS CULTURAL STEM PROGRAM

The core of Universiti Malaya STEM education means to educate and spark...