BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pandangan Annuar Musa dangkal

155

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib bin Ali menyifatkan bahawa kenyataan Annuar Musa sepertimana laporan https://m.malaysiakini.com/news/665169 hanyalah menzahirkan pemikiran naif serta hatinya yang busuk dipenuhi sifat kebencian.

Menurut Naib Pengerusi DAP Johor itu dalam satu kenyataan, Annuar sepatutnya sedar bahawa Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dijalankan dua hari lalu adalah kelangsungan – setelah enam bulan – titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca PRU-15.

“Dan faktanya jelas. PN enggan menyertai Kerajaan ini sepertimana dititahkan. Dengan kata lain, PN gagal memahami dan bertindak selaras titah KDYMM Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Malangnya, perkara semudah ini gagal difahami Annuar. Bahkan tanpa segan silu, Annuar telah memetik DAP dalam kenyataan beliau.

Saya harap Annuar tonton semula rakaman penuh ucapan Setiausaha Agung DAP Athony Loke serta pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan yang lainnya. Kehadiran DAP bersama-sama 19 parti politik yang lain ke PWTC pada 14 Mei lalu adalah simbol kesetiaan kepada Raja yang menjadi tonggak Malaysia sepertimana diikrarkan dalam rukun negara.

Kehadiran ribuan penyokong serta pendokong 19 parti yang membanjiri PWTC adalah bukti kesetiaan kepada negara. Meskipun dengan pelbagai latar belakang yang berbeza, kami meninggalkan apa juga perseteruan lampau demi menjunjung titah tersebut.” kata Sheikh Umar Bagharib.

Tambah beliau, Annuar mendakwa Konvensyen Kerajaan Perpaduan bakal membawa malapetaka kepada UMNO. Namun hakikatnya, konvensyen tersebut bukan malapetaka apatah lagi penamat.

“PWTC menjadi saksi sebuah permulaan baru jajaran politik tanah air. Politik yang mengangkat agenda rakyat tanpa membezakan bangsa, agama mahupun wilayah tertentu selaras dengan semangat Malaysia yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ini jauh sekali berbeza daripada pandangan Annuar yang ternyata meleset dan hanya mampu mentafsirnya atas perlabelan ‘sosialis’ dan ‘liberalis’ semata-mata.

Pandangan dangkal Annuar ini tidak lain hanyalah menzahirkan keserakahan politik kuasa semata-mata yang mahu memecah belahkan rakyat. Sedang Kerajaan Perpaduan bawah teraju Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang berkerja keras membela rakyat, memulihkan ekonomi dan mengangkat nama Malaysia di mata dunia.” ujar Sheikh Umar Bagharib.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...