AMKebajikan @ My LNAUTAMA

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH INISIATIF PERUMAHAN VETERAN ATM PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023

220

CHEMOR 14 Mei 2023 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 bertempat di No 26653 Kg Ulu Chepor, 31200, Chemor Perak. Pada majlis tersebut, beliau telah menandatangani plat perasmian dan menyerahkan replika kunci rumah kepada Veteran ATM Mohd Sobri Bin Bakar yang merupakan penerima rumah baharu.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, Kementerian sentiasa peka berkenaan kebajikan Veteran ATM dan mengambil berat isu perumahan Veteran ATM.

Katanya isu perumahan Veteran ATM telah dibincangkan melalui Majlis Veteran Kebangsaan (MVK). Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM merupakan salah satu strategi inisiatif Peningkatan Kualiti Hidup di bawah Pelan Strategik Mindef dalam Teras 7.

“Strategi ini memberi penekanan dalam usaha membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa. Ianya merangkumi dua skop kerja iaitu membina kediaman baharu dan membaik pulih rumah Veteran ATM mengikut syarat yang telah ditetapkan. Kementerian Pertahanan akan terus berusaha untuk mencari inisiatif baru dan terus membuat penambah baikan ke atas skim-skim bantuan sedia ada dalam usaha memperkasakan dan meningkatkan kualiti hidup Veteran ATM.” kata MINDEF.

Tambahnya, program tersebut merupakan kerjasama erat di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan oleh SPNB bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Veteran ATM boleh membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di mana rumah akan dibina atas tanah sendiri dengan kos yang lebih rendah berbanding projek perumahan lain. Melalui kuota program ini, Veteran ATM akan menerima dua peringkat bantuan iaitu subsidi dibawah Skim Rumah Mesra Rakyat yang dikawal selia oleh SPNB berjumlah RM 20,000.00 dan peringkat kedua bantuan perumahan JHEV ATM berjumlah RM65,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM75,000.00 di Sabah & Sarawak. Manakala kos siling baik pulih rumah sebanyak RM17,000.00 seunit.

Pada tahun 2023, Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan sebanyak RM5.7 juta bagi menampung pembinaan 170 rumah baharu dan 40 baik pulih rumah Veteran ATM. Kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM terbuka kepada Veteran ATM atau balu yang mana pendapatan isi rumah di bawah jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan. Bagi permohonan baik pulih ialah rumah yang didiami adalah rumah sendiri atau pusaka dan bukan rumah yang disewa. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap yang tidak melibatkan struktur asal rumah. Manakala bagi permohonan bina baharu pemohon mestilah belum memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki, dan tidak ekonomi untuk dibaiki serta memiliki tanah sendiri.” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil dari Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), persatuan-persatuan Veteran ATM disekitar negeri Perak dan pengurusan JHEV ATM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...