AMKenyataan MediaPendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

PINDAAN HUKUMAN YANG LEBIH BERAT TERHADAP PEMANDU MABUK PERLU DIBENTANG SEGERA

144

Pemuda AMANAH mendesak supaya pihak kerajaan dapat segera meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Pengumuman untuk pindaan undang-undang ini yang telah dibuat pada Januari perlu disegerakan memandangkan kes-kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat.

Kes terbaru adalah kemalangan maut melibatkan dua pemuda yang menunggang motorsikal dilanggar wanita mabuk di Butterworth awal pagi ini.

Pemuda AMANAH melihat pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk Seksyen 41, 44 dan 45 perlu dibentang secepat mungkin supaya pindaan yang mengenakan hukuman lebih berat ini dapat menjadi peringatan kepada pemandu dan mengelakkan diri daripada memandu dalam keadaan mabuk.

Undang-undang di Malaysia menetapkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

Pihak Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan disaran supaya memberi sepenuh perhatian kepada proses pindaan ini.

Pindaan akta ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang sedia ada yang melarang pemandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Pemuda AMANAH juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahtyarham Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi dan Allahyarham Muhammad Amin Najmi Azaman yang meninggal dunia akibat kemalangan dilangar pemandu mabuk hari ini.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua dan tidak lagi berulang pada masa akan datang.

HASNUL ZUKARNAIN ABD MUNAIM
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

11 Febuari 2020

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...