AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

OP CARILAMAT : KAPAL MT PABLO TERBAKAR, PENCARIAN TIGA KRU MASIH HILANG DITERUSKAN

257

JOHOR BAHRU, 2 Mei – Operasi Carilamat kapal tangki MT Pablo yang dilaporkan terbakar semalam telah memasuki hari ke-2 dengan misi pencarian tiga orang kru kapal berkenaan yang masih hilang dilaksanakan pasukan SAR yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Mangsa berkenaan dikenali sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34 masing-masing merupakan warganegara India. Seorang lagi mangsa ialah Sabit Shenderovsky, 37 warganegara Ukraine.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, seramai 25 orang kru MT Pablo berjaya diselamatkan. Daripada jumlah berkenaan empat orang kru mengalami kecederaan serius di tangan, pinggang dan kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan di sana.

Datuk Saiful menambah, sebuah pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia bersama sembilan buah aset laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Johor dan Pasir Gudang dengan kekuatan seramai 136 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini.

Sehingga waktu ini aset yang terlibat di dalam Op Carilamat ini sedang mempergiatkan usaha untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui. Kawasan pencarian oleh pasukan SAR dibahagikan kepada empat sektor dan telah diperluaskan sehingga 71 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Semalam, kapal tangki MT Pablo yang berdaftar dari Gabon, Afrika dengan jumlah 28 orang kru terdiri daripada warganegara India, Ukraine, Rusia dan Pakistan sedang dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura sebelum terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili pada sekitar pukul 3 petang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...