Home MY LNA AM OP CARILAMAT : KAPAL MT PABLO TERBAKAR, PENCARIAN TIGA KRU MASIH HILANG DITERUSKAN
AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OP CARILAMAT : KAPAL MT PABLO TERBAKAR, PENCARIAN TIGA KRU MASIH HILANG DITERUSKAN

JOHOR BAHRU, 2 Mei – Operasi Carilamat kapal tangki MT Pablo yang dilaporkan terbakar semalam telah memasuki hari ke-2 dengan misi pencarian tiga orang kru kapal berkenaan yang masih hilang dilaksanakan pasukan SAR yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Mangsa berkenaan dikenali sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34 masing-masing merupakan warganegara India. Seorang lagi mangsa ialah Sabit Shenderovsky, 37 warganegara Ukraine.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, seramai 25 orang kru MT Pablo berjaya diselamatkan. Daripada jumlah berkenaan empat orang kru mengalami kecederaan serius di tangan, pinggang dan kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan di sana.

Datuk Saiful menambah, sebuah pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia bersama sembilan buah aset laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Johor dan Pasir Gudang dengan kekuatan seramai 136 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini.

Sehingga waktu ini aset yang terlibat di dalam Op Carilamat ini sedang mempergiatkan usaha untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui. Kawasan pencarian oleh pasukan SAR dibahagikan kepada empat sektor dan telah diperluaskan sehingga 71 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Semalam, kapal tangki MT Pablo yang berdaftar dari Gabon, Afrika dengan jumlah 28 orang kru terdiri daripada warganegara India, Ukraine, Rusia dan Pakistan sedang dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura sebelum terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili pada sekitar pukul 3 petang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Business @ MY LNAMY LNAMy LNA English

Pos Malaysia Triumphs with Two Awards at Malaysia Management Excellence Awards 2023

Pos Malaysia Berhad, the national post and parcel service provider, recently clinched...

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Let’s help them brush their teeth

By: Dr. Tengku Nurfarhana Nadirah Tengku Hamzah Autism spectrum disorder (ASD) significantly...

Hak AsasiMY LNAOKUSeni dan BudayaUTAMA

Teater “Kenapa Kau Bayang Waktu” sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen...

Gaya Hidup @ My LNAMY LNASeni dan BudayaUTAMA

Walkabout Menteri MOTAC sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023

KUALA LUMPUR 3 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)...