AM

Mujahid Sokong Penuh Maszlee

142

PUTRAJAYA 21 Mei 2019 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpendirian bahawa beliau menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kuota pelajar ke kolej matrikulasi, melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

“Untuk makluman, Kabinet juga bersetuju dengan mengekalkan kuota ini, keutamaan akan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan B40 dan ia turut melibatkan pelajar bukan bumiputera. ” terang Mujahid.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat bahawa kenyataan Dr Maszlee berhubung isu kuota pelajar Matrikulasi hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan Kabinet dimana ia juga bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

Di akhir kenyataan media tersebut, Mujahid berharap agar semua pihak berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi ini agar menghormati keputusan yang telah ditetapkan Kabinet.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...