KUALA LUMPUR 15 April 2023 – Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini telah menerbitkan video penjelasan mengapa laluan FT2747 di Gua Musang, Kelantan ditutup.
Menurut KKR di dalam satu hantaran di Facebook rasminya, pelaksanaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D telah turut melibatkan pembinaan di atas laluan sedia ada FT2747.
“Untuk makluman, pada masa sekarang aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747 yang telah bermula sejak Disember 2022 (dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar, Gua Musang, Kelantan) dan pada 19 Januari 2023, sebahagian laluan FT2747 telahpun ditutup sehala bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah menaiktaraf jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan.
Sehubungan dengan itu, setelah mengambilkira dan mempertimbangkan kepentingan serta keselamatan awam, sebahagian FT2747 akan ditutup sehingga 31 Disember 2024.
Penutupan ini adalah bagi menyuraikan kesesakan trafik serta meningkatkan aspek keselamatan dimana ianya dapat mengurangkan risiko kemalangan di lokasi pembinaan semasa musim perayaan. Keadaan lokasi pembinaan dengan penutupan sehala pada ketika ini agak sempit dan agak berbahaya untuk dilalui.” jelas KKR.
Tambah KKR, memandangkan pembinaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D yang melalui laluan sediada FT2747, satu jalan alternatif di FT08 (lama) telah disediakan lebih awal bagi tujuan melencongkan kenderaan.
“Jalan tersebut telah dinaiktaraf melalui pelebaran jalan dari simpang Kampung Pulai ke simpang IPD Gua Musang yang telah diambilkira dalam skop projek LTU. Jalan altenatif ini telah pun siap dilebarkan pada 14 Disember 2021 dan sedia untuk digunakan.
Bagi memastikan kelancaran trafik, JKR telah menyediakan Pelan Pengurusan Trafik yang lengkap sebagai panduan kepada pengguna jalan raya. Adalah diharapkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan.” ujar KKR.
Selain di Facebook, video tersebut turut boleh ditonton di halaman media sosial KKR lain seperti di bawah :
PENUTUPAN FT2747
— KKR Malaysia (@MOWorks) April 15, 2023
Penutupan ini adalah bagi menyuraikan kesesakan trafik serta meningkatkan aspek keselamatan dimana ianya dapat mengurangkan risiko kemalangan di lokasi pembinaan semasa musim perayaan. pic.twitter.com/dP9DL00ZK8
Leave a comment